Instagram

Monday 5 September 2016

Renungan

Renungan sejenak tentang umat Islam Di Malaysia

Dimana diri kita?

Assalamualaikum, saya paparkan statistik berkenaan umat islam di Malaysia utk renungan kita bersama:
1. 50% sahaja umat islam di Malaysia memiliki Al-quran di rumah dan hanya 5% membacanya dan 1% lagi membaca tafsirannya

2. 80% umat islam memiliki ASTRO decoder dan hanya 5% menonton ASTRO OASIS

3. 70% umat islam tertarik dengan perkara yg membawa kepada "Karnival" atau unsur yg membawa kepada hiburan

4. 50% menyokong program seperti Akademi Fantasia, Tomtombak, Mentor dan rancangan yg seumpamanya

5. Hanya 10% umat islam dari satu taman perumahan yg membantu masjid atau surau di sebuah kawasan

6. Hanya 20% yg menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama

7. 80% remaja hari ini tidak reti atau tidak pandai mengaji

8. 90% remaja atau kaum wanita suka berseluar panjang dan memakai T-Shirt

9. 80% pasangan baru yang belum berkahwin akan menonton wayang setiap bulan di panggung wayang

10. 95% umat islam tidak pernah mencari atau pergi ke kelas mengaji untuk mendalami ilmu agama islam itu sendiri

11. 95% wali kepada pengantin perempuan tidak tahu syarat-syarat sah mewalikan anak mereka dan 99% bapa menyerahkan pernikahan anak mereka berwalikan kpd imam

12. 100% anak-anak islam bawah 12 tahun cenderung kepada kartun seperti Ultraman, Mask Rider, Digimon, Pokemon dan banyak lagi kartun seperti ini yang unsurnya merosakkan minda

13. 50% umat islam adalah kaki botol dan minum arak

14. 50% pasangan yg telah berkahwin dan dan mempunyai anak mengaku mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain dan mempunyai tabiat melanggan pelacur

15. 90% cenderung kepada keduniaan dengan ingin memliki rumah mewah, kereta mewah dan duit yg banyak

16.Hanya 30% umat islam lelaki menunaikan solat Jumaat pada setiap minggu

17. 3% umat islam menunaikan solat suboh secara berjemaah di masjid atau surau setiap hari

18.90% umat islam tidak ambil tahu tentang soal kejiranan atas konsep tidak suka jaga tepi kain orang

19. Hanya 10% umat islam yang akan membantu saudaranya yg lain terutamanya dalam soal duit

20. Dan hanya 1% sahaja umat islam yang mengetahui Sifat 20 dalam ilmu ketuhanan

21. 90% umat islam percaya, faham, berkehendak, terikut-ikut kepada benda yang Tahyul, pelindung diri, pelaris business, tarik duit, seri muka, kebahagiaan rumah tangga, santau, pukau dan semua elemen yg menjuruskan kepada Syirik kepada ALLAH

Saya paparkan semua statistik di atas usaha untuk menyedarkan diri saya sendiri dan saudara saudari tentang betapa kroniknya kefahaman islam di negara kita sendiri hari ini. Dari peratusan yang tinggal berapakah yang boleh digolongkan kepada "orang mukmin" ?

Sama-samalah kita buat kiraan untuk diri kita sendiri,

Yang paling penting, selepas kiraan dibuat, adakah kiraan itu dapat menyedarkan dan mendekatkan kita kpd ALLAH S.W.T?

Semua statistik adalah dari perangkaan JAIM, JAIS, sekolah pondok, stesen TV, mahkamah syariah, kementerian pelajaran, dan kementerian perpaduan penduduk.

#MuhasabahDiri
#TeruskanIstiqamah
#DuniaAkhirZaman
#TepukDadaTanyaIman

*share dari bilik sebelah*

...wallahualam....

KERAMAT HIDUP

KERAMAT HIDUP

Ramai yang masih belum faham lagi tentang The Power of Keramat Hidup...

Bagi isteri, suamilah KERAMAT HIDUPNYA...dan bagi suami, IBUnya lah pula KERAMAT HIDUPNYA..

Berjaya macamana pun kita..kaya macamana pun kita..baik suami mahupun isteri, tapi kalau kita tak jaga KERAMAT HIDUP kita ni..kita bercakap kasar, kita memandang rendah, kita mengaibkan mereka...sia-sia saja, hidup tak akan tenang..tak akan lapang, dan TAK AKAN KAYA buat selama-lamanya...

Lupakah kita, apa yang kita fikir, apa yang kita kata..semua itu adalah DOA?.Nampak tak apa yang anda selalu terfikir pasal suami anda..anda selalu ter'kata' pada suami anda..dah terjadi sekarang, kann?...Itu semua terjadi disebabkan DOA anda sendiri!..Perasan tak?..

Bagi isteri ataupun suami yang terasa walaupun dah berusaha dari dulu sampai sekarang, dah cuba buat yang terbaik dalam bisnes atau kerjaya tapi tak merasa nikmatnya...tak nampak hasilnya..Lihatlah balik diri kita..bagaimana kita melayan dua orang KERAMAT HIDUP ini...iaitu..

IBU....dan...SUAMI..

Walau apapun alasan kita..Mungkin alasan kita suami atau ibu kita tak baik,tak bertanggungjawab dan banyak alasan lain lagi..

Percayalah, semuanya datang dari diri kita dulu..For things to change, we must change first!..Walau jahat macamanapun..kita perlu berlembut dan hormat..Jika hilang rasa HORMAT kepada kedua KERAMAT HIDUP ini..sah-sah hidup kita tak akan kemana!..

WALLAHU'ALAM. ..

Sunday 4 September 2016

Allah Ar Rahman, Ar Rahim

MENGAPA ALLAH SUKA INTRODUCE DIRINYA AS 'RAHMAN & RAHIM'

Pernahkah anda berpengalaman begini? : bangun pagi, solat subuh lambat, zikirnya pula tak sempat sebab nak kejar punch-card. Then bila sampai di tempat kerja, anda dikejutkan dengan berita gembira - dapat bonus or surat dinaikkan pangkat, or apa saja perkara best yg memang selama ini amat diidamkan.

Selalu bukan?

Begitulah cara Allah melayan kita. Kita always persembahkan Dia 'barang low grade' - solat lambat, zikir tiada, doa kosong, almost zero ikhlas. Tiba2 Dia pula sebaliknya - bagi kita hadiah tak disangka. SURPRISE!, bak kata org putih.

- Astaghfirullah, kita selalu melayan Allah bak pepatah : 'diberi madu dibalas tuba'.
- Tp Alhamdulillah, Allah selalu melayan kita bak 'Kumbang setia pada mawar.Walaupun tertusuk durinya.Tak pernah menyerang'

Mengapa Dia begitu?

Sebab Dia AR-RAHMAN, AR-RAHIM : Maha pengasih, Maha penyayang, MAha beri peluang, Maha 'lembut hati', Maha 'bagi second chance' & Maha positif.

Sekian renungan petang, agar kita lebih pandai menghargai & mensyukuri Allah yg Maha penyayang. Agar zikir 'Alhamdulillah' yg sering kita ucapkan itu menjadi lebih bermakna.

P.S : share point ini, biar kita ramai2 lebih mudah 'fall in love' dgn Dia.

-Ustaz Asraff Ayob-

 
Copyright 2016 Reserved to http://bajubayi2u.blogspot.my Design By Cik Nurfarah